sabtu petang lepas gi umah member aku (nama beliau dirahsiakan) kat tanjung karang, ader open house. since ramai nakama2 utmkcp budak laki yg kelihatan boleh join (kononnya), maka aku kata kat lukman selaku tuan punya venue dan nik (selaku pengelola utk budak2 pompuan), "why don’t we make it as a mini gathering?" maka masing2 pun giat ler mengurat dan menekel kawan2 lain agar turut serta dlm upacara berkenaan. Last2 dpt ler 10 org. Cis, x mini-gathering lngsg… ni ultra mini gathering namanya…
Wan kedah, budu Z, nuar ladin dan mat arip yg pada awalnya telah menunjukkan simptom2 berminat (ada yg telah bersetujupun) walaubgmanapun terpaksa menarik diri pada saat2 terakhir atas komitmen keluarga dan tugas… antara insan lain yg telah dijemput termasuk la yuni, huda, dila sari, polong dan yuzz … apapun, hidup perlu diteruskan… maka aktiviti berkenaan diteruskan jua pada hari yg ditetapkan…
maka pada hari yg dtetapkan aku pun telah menjemput beberapa watak sampingan dalam aktiviti ini di cyberjaya dan lrt bukit jalil. setelah berjaya mengambil diorang, kiterang terus gerak ke tempat pertemuan kami di stesen minyak petronas di mana watak2 smpingan yg lain sedang menanti dengan kereta yg dipandu lukman (juga watak smpingn… kui kui) then bermulalah perjalanan yg agak meng’exhausted’kan ke kuala selangor…
sepanjang perjalanan aku borak2 ler sket2 ngan budak2 ni… sumer x penah gi tnjg karang pun kecuali aku… ada gak yg cakap "Lamanya…" maka terpaksa la aku berbohong sunat dan cakap… "Haa… ni dah dekat la ni…", "Sket lagi… nak smpai dah ni"… walhal baru 3/5 perjalanan…. At last smpai dekat kul 6 ptg… ooo lupa, sblm tu gi amik qistina (naik vios tu) yg menunggu di shell tanjung karang…
Smpai jer mak dan ayah lukman sedang menunggu dan menyambut kami yg telah keletihan… ayah lukman kelihatan sungguh segak dan tmpan berbaju batik (ye ke baju batik?)… sumer pun terus mamam makanan yg terhidang tnpa malu2 terutama daus, makwei dan asrul (hua hua hua)… nik plak siap minx tapau tu… ish2… sabor je la…
sementara maghrib kiterang menonton crayon sin chan.. aku tak leh tgk dgn tenang memandangkan ajib(adik si lukman) sibuk menggasak aku ajak begusti.. puas aku memujuk beliau supaya menyerang asrul tp beliau enggan… kami meninggalkan tanjung karang sewaktu buletin utama baru berusia 10 minit…
balik tu singgah minum kejap kat shah alam (kut?) tiada perkara menarik melainkan mak wei yg kelihatannya rancak berborak dgn aimiza (?) dan aku yg tertumpah air limau panas (hehe.. malu kejap dalam 5 saat)… mujur aku bermuka tebal gak… abis minum semua chaloo balik dan aku kene ngantor beberapa org since udah lewat bebenor…
demikianlah cara saya menghabiskan masa hujung minggu saya. saya dan kawan2 berasa sungguh gembira skali dan berjanji akan mengadakan lawatan pada lain kali pula. benarlah kata org tua2, jauh perjalanan luas pemandangan, sekian.